KU benci pada HATI,
hati yang mudah BERPRASANGKA,
hati yang MUDAH menghidupkan api kemarahan,
hati yang LEMAH untuk bersabar...
KU benci pada AKAL,
akal yang SUKAR khusyuk dalam sujud,
akal yang HILANG pertimbangan,
akal yang DIKOTORI dengan maksiat dunia...
Ku benci pada LIDAH,
lidah yang CELUPAR berkata-kata,
lidah yang MUDAH mengadu domba,
lidah yang sering MENYAKITI manusia...
KU benci pada MATA,
mata yang MELIHAT maksiat merata,
mata yang SUKAR tunduk merenung,
mata yang MENJELING meluahkan rasa...
Ku benci pada TELINGA,
telinga yang MENDENGAR umpatan manusia,
telinga yang HANYUT menghayati alunan lagu cinta dunia,
telinga yang sedikit mahu MENDENGAR Zikrullah
HAKIKATNYA,
Diriku sayang semua anugerah Tuhanku,
namun perlakuan itu yang inginku BENCI,
ya Allah ya Rahman ya Ghafur,
jadikanlah diri ini insan yang sentiasa BERSYUKUR
yang BIJAK mengaturi nikmatMu ini
yang bijak dalam meghargai segala nikmatMu...
Amiin Ya RABB