April 27, 2010

Bunyi desiran ombak yang menyembah pantai begitu mengasyikkan. Ombak dan pantai ibarat lagu dan irama. Tidak dapat dipisahkan lagi. Begitu juga roh dan jasad. Tiba sampai suatu waktu yang belum diketahui,maka lenyaplah segalanya. Roh di cabut dari jasad. Ombak tidak lagi sampai ke pantai dan tiada lagi wujudnya irama dan lagu. Ketika ini tiada lagi harta yang melimpah ruah. Tiada lagi pangkat yang di kejar dan dicari oleh segenap manusia. Bermulalah suatu episode yang telah dinyatakan oleh Tuhan Yang Maha Esa…


Ya Tuhan…aku berterima kasih padaMu..kerana memberikan ketenangan ini hidup bersamaku..memberikan segala yang di impikan..tidak pernah menghampakan walau sedetik…begitu besarnya pemberianMu padaku.
Ya Allah,aku mohon padaMu dapat memasuki syurga..Berilah aku pertolonganuntuk mengerjakan apa sahaja yang dapat menyebabkan dekatnya diri ke syurga itu,baik yang berupa amalan atau ucapan. Ya Allah,aku memohonkan perlindungan padaMu dari seksa api. Lindungilah pula aku dari apa sahaja yang dapat menyebabkan diri ke neraka itu,baik berupa ucapan atau amalan. Ya Allah,aku memohon pengampunan padaMu dari sesuatu yang menyebabkan tergelincirnya kaki atau yang terlanjur dari catatan kalam. Ya Allah,Yang Maha Luas pengampunannya,sekasih-kasihnya yang mengasihi,kabulkanlah permohonan hambaMu ini..Amin….
Hmm…kicauan burung mematikan lamunanku..Sungguh! Aku berasa tenang disini..Aku terasa kebahagiaan sedang mengalir keseluruh urat nadiku..
Terima kasih wahai Tuhanku Yang sentiasa melimpahkan rahmatnya membenarkanku menghadapMu Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Untuk berkata denganMu Tuhan mengizinkan ku minta padamu
memuja memuji sepenuh hatiku memohon munajat padaMu Ya Rabbi
Tapi akukhuatir ketika menghadap Mu Tuhan tidak pula pandai beradab denganMu
aku mula bimbang kalau aku derhaka kalau ketaatan
bukan rahmat dariMu yang ku dapat
tapi ku kan dpat kemarahanMu 

April 15, 2010

aku @ kamu

Wahai Gadis Solehah..
Dari Jauh Ku Melihat Gerak Gerimu..
Tunduk Memandang Bumi..
Terselindung Dsebalik Hijabmu..
Wajah Yang Penuh Nur..
Yang Sentiasa Mengingati Mati..
Yang Mencintai Allah Dan Rasul..
Yang Takut Azab Allah..
Kau Ibarat Permata Berharga..
Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi..
Wahai Gadis Solehah..
Jauh Disudut Hatiku..
Aku Bangga Dengan Imanmu..
Taqwamu, Akahlakmu, Amalanmu..
Jua Perjuanganmu Menegakkan..
Kesucian syariat yang telah ditetapkan Allah..

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada
tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan
disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk
disanjungi dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada
kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran
daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum
bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian
sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau
ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul
terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan
keharumnya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang
memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran
duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum
terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir
beberapa kali sebelum mendekatinya.

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah
keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan
daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang
sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum mawar bunga
yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi
dimahkotakan sebagai si mawar berduri.

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah
dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya
kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup
itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan
sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah. Alangkah
baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai
hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang
terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan
keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam
akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah
menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.

' Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik.....

Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga......

Inginku menjadi sang mawar di taman, cantik menawan,
duri berceracakan, bukan sang dedap di hutan, meskipun
indah luaran, baunya tidak tertahan........





http://www.facebook.com/notes/fadhilah-amsyar-zulkifli/wanita-from-my-kmph-lecturertuan-yusnizi-tuan-sukri/387423295115